Wednesday, 30 November 2011

First visit at O&G Clinic HSNZ Kuala Terengganu

First time ke klinik o&g HSNZ...berdebar2. Nak dapat parking sikit punya susah. Last2..parking je kat luar hospital..masuk duit siling dalam meter tu 2 ringgit. Tak tau laa cukup ke tak. Dalam surat tulis appoinment pukul 8.30 pagi. aku sampai dalam kul 8...ingatkan lepas register boleh terus jumpa..rupa2nya, berderet dah org menunggu! Kui..kui..kui...rupanya bukan aku sorang jer yang di slot-in kan pada jam 8.30...ada lagi dalam 4-5 org rupanya. Hehehe...ok laa tu. Bukan aku sorang je yang ada masalah kan? ;)

bila dah register...nombor aku dipanggil. Ingatkan dah boleh jumpa doktor..rupa2nya kena jumpa nurse dulu. Ambil BP, maklumat diri, berat badan, tinggi...hehehe...Bacaan BP ok kata nurse..110/80. Bila keluar je dari bilik nurse tu, jam dah kul 9. Nurse tu tanya..."awk dah makan ke belum?" Aku geleng...belum lagi. Nurse tu cakap..lambat lagi turn awak ni...doktor baru jumpa first patient. Jadi dia suruh aku gi makan dulu. OK juga...dengan org yang ramai mcm ni, x tau laa pukul berapa puluh aku boleh jumpa doktor...so, kiter makan dulu!!

Aku makan kat dalam kawasan hospital tu jer. Ambik bihun goreng dengan sambal bilis sikit. Air teh tarik ngan air suam. Masa time bayar...hahahaha...tergelak aku! Makan mcm tu pun dah kena 5 ringgit?? kalau lunch kat situ...tak tahu laa kena brape pulak. Huishhh...zaman anak cucu cicit kiter esok2..tak tahu laa brapa puluh hinggit hanya untuk makan pagi...kan? ;)

Gambar Hiasan..
Lepas makan aku masuk semula ke klinik O&G. Nombor aku belum dipanggil. Melanguk jugak laa duk menunggu. Akak sebelah aku tu tanya....aku punya nombor berapa.. aku tgk dia punya nombor 2ratus lebih. Aku punya 4 ratus lebih. Nombor kat screen baru 2ratus lebih. huisshh...sempat habis ke ari ni? ker kena datang esok? Aku tanya nurse...nurse kata, noombor tu menggambarkan bilangan keseluruhan pesakit kat klinik pakar. ada yang nak jumpa pakar mata, pakar o&g, pakar tulang...dll. Oooo...lega sikit rasanya. Tiba2...aku tgk kat screen, nombor aku dah tertera. Hi Hi Hi...akak tadi masih lagi menunggu. Sabar ye kak.. :)

Masuk je bilik doktor, aku bagi referal letter dari ibai clinic. Doktor tanya soalan rutin..kemudian buat pap smear. Result dia x bagi tahu...Should be ok laa tu. kalau ada something bad, mesti doktor dah cakap. Tiba2..doktor keluarkan satu buku log. Dia kata..."jadi sekarang ni kita pilih tarikh untuk procedure yang awk nak buat tu....nanti saya semak, bila tarikh terdekat. Mmmm...20/12 ni boleh? "

Aku terkelip2 pandang doktor. Cepatnya? doktor ni bergurau ke? Aku pun congak2...ok kut doktor. masa tu student saya dah habis exam. Pastu doktor tu suruh aku gi jumpa pakar bius kat tingkat 1 bangunan yang sama. Tp sebelum naik, doktor periksa semula tekanan darah...huhuu...tiba2 bacaan BP tunjuk nombor 170/90. Doktor geleng kepala...betul ke awk ni? mcm tak logik jer. Doktor bangun dan ambik bacaan menggunakan alat yang manual pulak. Kali ni doktor puas hati..."Alat digital ni kurang tepat...yang manual lagi tepat bacaan dia. Terkejut saya tadi. Awk takut ker? Jgn takut...laparoscopy tu procedure kecik jer.."


Kemudian aku naik ke tingkat satu...takde lif..menapak je naik tangga. Bukan tinggi sangat pun. Kat situ...kena tunggu giliran lagi. Ada laa menunggu dalam setengah jam. Jumpa dengan pakar bius...dia kata untuk procedure laparoscopy ni...dia akan bius penuh. Kesan dari bius penuh tu...mungkin aku akan rasa pening dan muntah selepas procedure..tp doktor akan cuba kurangkan kesan tu. Bila doktor dah selesai terangkan semua benda yang patut dia terangkan...dia pun tanya..."ada apa2 soalan?" aku tiba2 jadi blur...bukan sebab doktor tu MUDA dan HANDSOME...tp sebab aku rasa terkejut sebab semua ni mcm terlalu cepat!

Masa aku sampai kat kereta...aku nampak meter parking dah berkelip2 merah. Maunya tak...dah pukul 1 kan? mananya cukup duit 2 ringgit tu nak cover sampai 5 jam..hehehe... Pastu dengan berdebar2, aku intai kat wiper depan...kot2 ada surat saman. Fuhh...lega...TAKDE! Hehehe....

Total Cost untuk rawatan hari ni: FREE (sebab bawa surat GL) Alhamdulillah! :)



Tuesday, 29 November 2011

The Blood Investigation Result...

Keputusan ujian darah dan sperm test result kami dapat pada 27/10/2011. Appoinment dengan ibai clinic TERdelay beberapa kali sebab masa yang tak sesuai. Student tgh exam masa ni...nak kejar silibus...nak submit carry marks...PLUS audit! Huhuhu...Masa rasa mcm semput sungguh! Petang tadi akhirnya aku berjaya juga luangkan masa untuk ke ibai clinic untuk dptkan nasihat doktor berdasarkan kepada keputusan ujian darah dan sperm test encik Su.


Kata doktor, sperm test en Su ok...cuma progesterone level aku yang sgt rendah...jadi dia cadangkan untuk aku buat laparoscopic drilling and dye test. TAKUT! Nak kena tebuk2...huhuhu...Doktor buat refferal letter kepada klinik O&G Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala terengganu. Esok aku akan ke HSNZ seperti yang dicadangkan. Huisshhh...nasib baik ambik cuti 2 hari. Dah laa musim audit skarang ni..!

Thursday, 20 October 2011

The Investigation....PATHLAB

Hahaha...macam apa jer tajuk post hari ni kan? Hari ni hari ke 21 aku. So..oleh sebab nak kena pegi pathlab, terpaksa laa ambik cuti. Pagi2 lagi kami dah ke pathlab untuk test darah.
Ingatkan boleh terus buat sperm test untuk encik Suami, tp rupa2nya pegawai kat situ kata ada a few instructions need to be done before proceed with sperm test. Antaranya...tak boleh bersama untuk 5 hari. Oppsss...x nak ulas panjang2...tp kesimpulannya, encik Su kena datang pulak next time laa ye. (Hehehe...sori...agak 18 sx sikit kali ni).

Masa pergi kat pathlab tu, aku terus tunjuk refferal letter dari ibai clinic. Officer kat situ x cakap banyak...terus isi form dan suruh aku duduk kat satu tempat. Dia bagi aku saru botol kecik untuk genggam. "You genggam ini botol kuat2 haa...jangan kasi lepas. Nanti senang nampak you punya urat untuk ambik itu darah..." Kemudian, dia ikat lengan aku...pastu...Wahhhh miracle nyaa...memang terus urat aku timbul. Kemudian...dia ambik darah aku pelan2.. x sakit pun. Terror betul apek ni...hehehe... Sebelum balik dia pesan.."u tekan ini kapas kuat2...saya kasi letak plaster. Jangan bukak dalam masa 1 jam...takut ada bleeding dekat dalam.."

Thursday, 22 September 2011

Appoinment on day 60

Wahhh...Besarnya Jarum??!!
Petang tadi pergi ke ibai clinic seperti yang dijadualkan. Hari ni kalau ikut kiraan dah masuk hari ke 60. Doktor buat UPT...tp keputusannya masih sama..masih -ve. Doktor suggest untuk aku buat ujian darah hari ke 21. The next step will be rely on the result. Jadi doktor bagi aku ubat untuk turunkan darah period...kemudian metformin dan duphaston kena ambil seperti biasa. Pada hari ke 21, doktor tanya samada aku nak terus ke pathlab atau datang ke klinik untuk buat ujian darah? aku decide untuk terus ke pathlab saja. Doktor cadangkan supaya pergi bersama suami untuk buat sperm test pada hari yang sama. Next appoinment date will be set after getting the test result. Huhuhu....takutnya nak ambik darah!

Sunday, 4 September 2011

Next appoinment date..

Hari ni bangun awal...mata asyik tgk jam jer. Dari lepas subuh tadi, rasa mcm tak sabar2 nak call ibai clinic. Tp kalau call masa gini...harus xde org jawab! clinic buka pukul 9 pagi cik kak...

Jam hari ni rasa mcm lambat sgt geraknya...rosak ke jam dalam bilik ni? rasa mcm baru lagi tukar bateri. Siap double check dengan jam kat ruang tamu lagi...huhuu..confirm, jam tu ok. Aku jer yang extra laju hari ni! Pukul 7.30 pagi dah terpacak kat office. Selalunya time2 mcm tu, baru terhegeh2 nak iron baju! hahahaha...

Sampai kat office, aku breakfast dulu...masak air dan pegi beli makanan kat canteen. Lupa sekejap pasal nak call clinic.

Lepas breakfast...terus buat preparation untuk masuk kelas. Tiba2 kawan aku call...dia kata...dia pun dah delay period. buat UPT...+ve.

Wahhh...tahniah kawan! Aku jugak le yang masih menunggu. Rezeki masing2...I'm happy for her, cuma tertanya2...bila laa turn aku pulak ni? huhuuu....

Tepat jam 9.06 minit pagi (jam aku)...aku pun call ibai clinic bagi tau masalah aku. Adik kat kaunter tu pass telefon kat doktor. Doktor kata...takpe, x payah risau dan tak perlu terburu2 untuk turunkan period. Jadi...doktor bagi tarikh baru untuk next appoinment : 22/09/2011 (Khamis).

Saturday, 3 September 2011

Urine Pregnancy Test...Day 41

Hari ni dah hari ke 41...tp period aku masih belum datang. Sepatutnya..kalau ikutkan cycle2 yang lepas...hari ke28 aku akan period. Maknanya sekarang ni aku dah delay 2 minggu! Aku tak rasa aku pregnant...sebab takde pulak rasa apa2 yang pelik. 


Browse internet tgk pregnancy simptoms... xde satu pun yang ada pada diri aku! huhuhu...Macam mana nak start dgn ubat yang doktor bagi? ...dalam kepala, mcm2 yang aku fikir...xkan ngandung kot...hari tu doktor buat tvs...size ovum kecik sangat. Boleh ke tiba2 jadi baby? Atau body aku tak respond dengan ubat? Kalau x respond nak buat mcm mana? boleh ke nak ada baby ni? R.I.S.A.U!

Last skali aku ke guardian...beli home pregnancy test...dan resultnya seperti yang dlm kepala aku.. -VE! Esok nak call ibai clinic...set appoinment ngan doktor. Hmmm...

Monday, 8 August 2011

Follicle Tracking..Day 14th

Semalam 7/8/2011 aku ke ibai clinic lagi untuk buat TVS hari ke 14. Perasaan masa tu bercampur aduk sebab doktor kata size folikel tu ada improvement dari cycle sebelum...cuma masih sgt kecil. Untuk next cycle...doktor naikkan dos clomid dari 100mg kepada 150mg. metformin dan duphaston pun kena teruskan mcm biasa. Jadi sekarang...kena tunggu next period untuk ambik clomid lagi. Huhuhu....

Sunday, 31 July 2011

Cik P sudah datang...(25 Julai 2011)

Hmm...last aku makan duphaston pada 22 julai 2011. lepas 3 hari stop, cik P pun datang menjenguk pada 25 Julai 2011. Hari kedua, aku call klinik untuk set appoinment date. Hari kedua tu juga aku start ambik clomid dos 100mg hingga hari ke 6. Duphaston pulak aku start makan pada hari ke-5, sama macam bulan lepas. Menses aku kali ni sama mcm bulan lepas...darah sikit jer selama 5 hari.

Next appoinment
Date:  7 Ogos 2011
Time: 7.45pm

(oleh sebab 7 ogos tu dah masuk ramadhan, maka doktor suruh aku datang malam..lepas berbuka. huhuhu...x tau laa lagi mcm mana caranya. mungkin aku solat dulu kat masjid terapung, berbuka ala kadar dan terus ke klinik)

Wednesday, 20 July 2011

PCOS Treatment (3rd visit... 19 Julai 2011)

Tepat jam 6 petang..aku dah sampai kat ibai clinic. Mau nya tak...sebab aku isi borang kebenaran untuk keluar awal sikit dari office tadi. Kalau tak...huhuhu..alamatnya petang2 mcm ni, menghala ke Ktrg, memang terlepas laa waktu appoinment.

Masuk jer dalam bilik, doktor scan lagi...mcm biasa laa..ikut bawah (huhuhu). Aku memang rasa agak tak selesa...tp nak buat mcm mana...aku sakit and seeking for help. Kita usaha dan berdoa...selebihnya Allah yang tentukan. 

Naik je atas katil, doktor start scan. Kiri..kanan..kiri..kanan.. Kemudian aku tgk kening doktor tu kerut2. Huhuhu..apa pulak laa kali nih? Aku rasa dahi aku mula dah nak berpeluh dalam bilik aircond tu. huhuhu...Bad news ke? Aku pun dalam berani2 takut tanya doktor.."macam mana doktor?"

doktor jawab.."Hmm...hari ke 22...telur dah takde. Maknanya dalam tempoh seminggu, cepat juga laa pembesaran nya tu. Biasanya org PCOS ni lambat sikit pembesarannya tu"

aku diam tak terkata...tak tahu nak simpulkan benda ni bad news ker tak. Yang pastinya...telur dah takde. Jadi cubaan untuk bulan ni masih belum berjaya. huhuhu...aku rasa agak kecewa. Tak tahu mcm mana nak gambarkan perasaan tu. Takpe laa...bulan depan aku akan cuba lagi...itu je laa ayat pujukan untuk diri sendiri.

Aku tau...rezeki memang dah ditentukan oleh Allah...selain berdoa, kita sebagai hamba-NYA wajib juga berusaha. Aku yakin, lambat atau cepat...usaha dan doa aku akan Allah tunaikan. Insyaallah... Bagi kalian yang membaca blog ni...doakan yang baik2 untuk saya dan suami yer..

Wednesday, 13 July 2011

2nd treatment : 12 July 2011

12 Julai 2011..hari selasa jam 6.30 petang aku ke ibai clinic lagi. Buat TVS hari ke-15. Doktor kata ada perkembangan...telur aku masa tu yang paling besar sebelah kanan bersaiz 7mm manakala yang sebelah kiri saiznya 8.3mm. Kata doktor, walaupun saiz tu masih belum cukup untuk disenyawakan, tp respon badan aku agak positif sebab masa first visit tu...saiz sebelah kanan cuma 2mm manakala kiri pula 3mm.

Alat yang diguna untuk scan lebih kurang mcm ni la..

Kali ni aku diminta untuk teruskan pengambilan duphaston dan metformin. Untuk cycle yang akan datang, doktor naikkan dos clomid kepada 100mg. Pengambilannya sama seperti cycle sebelum ni...pada hari kedua, cuma bezanya...kali ni kena ambik 2 biji sekali makan untuk hari ke 2-5.

Oleh sebab jarak perjalanan dari rumah dan klinik tu agak jauh, jadi doktor decide untuk monitor saiz telur pada hari ke-22 iaitu pada 19 Julai 2011. Jadi, next appoinment adalah minggu depan, hari selasa jam 6pm. Till then..bye... :)

Tuesday, 21 June 2011

Treatment pertama selepas bertukar status...

Treatment pertama selepas sekian lama ialah pada 20 June 2011. Itu pun selepas berhempas-pulas berperang dengan perasaan diri sendiri. Aku malu untuk bercerita mengenai keadaan diri aku pada sesiapa pun...hatta kepada doktor sekali pun. 

Selepas perkahwinan kami berusia lebih setahun, dan mengenangkan diri aku dah menginjak ke usia 32 pada tahun ni...maka aku tebalkan muka dan beranikan diri untuk mendapatkan kembali rawatan yang telah tertangguh suatu masa dulu. Aku mengambil keputusan untuk mendapatkan consultation dari sebuah klinik swasta di terengganu yang dicadangkan oleh seorang teman.

Aku masih ingat...masa tu hari isnin, 20 Jun 2011 jam 6.30 petang. Suara aku agak gugup bercerita satu per satu masalah aku kepada doktor yang bertugas. Aku ingat lagi...2 kali doktor tu tanya "Betul awk tak pernah period secara normal? SEKALI PUN?" Aku geleng lemah. Doktor tu tanya sekali lagi.."Secalit darah pun x pernah keluar sendiri tanpa ubat? SETITIK PUN?"...mata doktor tu aku pandang, pastu aku geleng lagi..."Tak pernah doktor..."

Kemudian, doktor tu pun angguk. Dia suruh aku baring di katil dan buat vaginal scan. Masa tu...aku memang dah bersedia...sebab sebelum dapatkan rawatan, aku dah banyak buat bacaan di internet mengenai masalah aku. Oleh sebab aku ni tergolong dalam kategori obes, scan biasa selalunya x nampak jelas..sebab lemak banyak kot. huhu...Jadi, bila doktor kata nak buat vaginal scan...aku tak terkejut sangat dan setuju jer dengan procedure yang dia nak buat tu. Tapi dalam hati...segannya tuhan saja yang tahu. Masa scan tu...doktor kata telur aku banyak...tp kecik2...macam pearl. Kiri dan kanan. 

Katanya orang normal biasanya cuma ada 1 atau 2 telur...tapi dengan saiz yang lebih besar. Melalui scan tu...dr sahkan aku seorang PCOS. Dan soalan jujur yang terkeluar dari mulut aku masa tu..."Doktor..org PCOS mcm saya ni boleh ke mengandung?" Doktor hamidah yang rawat aku tu senyum...dia kata "Ada. Org PCOS pun ada yang boleh mengandung...kdg2..sedar2 jer dah mengandung. Tak perlu makan ubat pun. Depends pada rezeki.". 

Katanya lagi...ada 2-3 kes PCOS yang dapatkan rawatan di klinik tu yang berjaya untuk mengandung. Dan kata-kata itu benar-benar memberikan sinar baru dalam hidup aku! Semoga Allah mengizinkan aku untuk melahir dan membesarkan zuriat dari benih suamiku sebagai penyeri dalam hidup kami. Amin...

Total payment untuk treatment kali pertama ni RM156. Doktor Hamidah berikan aku 4 jenis ubat:
  1. Sunolut - ubat ni berfungsi untuk turunkan darah period. Kena makan sebiji sehari selama 5 hari.
  2. Metformin - sebenarnya ubat untuk pesakit diabetes tp didapati dapat menolong pesakit PCOS untuk menurunkan sedikit berat badan mereka. ubat ni aku kena ambik 2 kali sehari selepas makan (bekalan untuk sebulan).
  3. Duphaston - Kata doktor, ubat ni yang mahal sikit...tak tahu laa berapa harganya. Tapi ubat ni diberi satu tab..ada dalam 20 biji kalau tak silap. Kena makan masa hari ke-5 hingga hari ke-25. Ubat ni kata doktor untuk regulate kan period aku. Kalau tak makan ubat ni...period aku takkan datang katanya.
  4. Clomid - Dos yang diberi untuk permulaan ni 50mg. Makan start hari ke-2 hingga hari ke-5 period. Ini pil subur..berfungsi untuk matangkan telur aku yang kecik2 tu. 
Satu perkara yang membezakan klinik dr hamidah ni berbanding klinik swasta yang aku pernah tahu ialah...dia sentiasa memantau kes pesakit2nya. Selesai consultation, aku diberikan satu date appoinment yang baru untuk doktor monitor perkembangan dan respons badan aku terhadap ubat yang dah diambil. 

Next appoinment ialah pada 12 Julai 2011 (Selasa/ jam 6.30 ptg) Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah dan bakal aku lakukan...amin.

Thursday, 2 June 2011

Aku seorang PCOS (Polysystic Ovary syndrom)


(Gambar hiasan sahaja)
Mesti ramai yang tak tahu pcos tu apa (sila refer kepada post yang sebelum ini). Macam aku, tanda2 tu banyak. Aku ada kumis halus kat atas bibir yang agak lebat...badan aku pun cepat naik  dan cepat turun...period tak teratur (dalam kes aku...aku  memang tak pernah period secara biasa. Makan ubat, baru period. Kadang2 rasa macam cacat pun ada...huhuhu..) 

Masa zaman awal remaja dulu, aku selalu rasa rendah diri sebab langsung tak boleh berkongsi pengalaman pasal period. Selalunya aku akan dengar jauh2 jer bila kawan2 buka topik ni, sebab aku takut kena tanya. Apa aku nak cerita? sebab memang aku takde apa yang nak diceritakan. Masa tu aku selalu berdoa kepada Allah supaya aku dapat merasai sendiri pengalaman tersebut seperti orang lain. Pada ketika itu, itulah doa yang tak pernah lekang dari hati aku setiap kali selesai solat.

First period aku adalah ketika aku berusia 20 tahun. Itu pun selepas aku jumpa doktor pakar sakit puan dan diberi ubat untuk turun darah. Sebelum tu darah aku diambil untuk diperiksa kadar hormon. Kata doktor, hormon aku nampak tidak ada perbezaan yang ketara. Cuma hormon prolaktin agak tinggi sedikit tetapi tidaklah sampai memudaratkan. Masa tu dia cuma cakap aku ni ada sindrom "Lazy Ovary". Doktor bagi aku ubat perancang untuk 3 cycle untuk regulate kan menses. 

Pil perancang tu aku makan selama 3 bulan seperti nasihat doktor...period aku datang dan masa tu aku rasa sangat bersyukur dan gembira sebab akhirnya aku dapat rasa apa yang selama ni aku TAK PERNAH rasa. Selepas berhenti makan ubat perancang tu, period aku datang untuk bulan ke-empat. Selepas tu keadaan kembali seperti sebelumnya...kembali menyepi. Bulan berikutnya aku jumpa semula doktor yang sama...doktor cakap aku ada 2 pilihan. Samada nak teruskan rawatan dengan mengambil ubat, atau pun nak continue rawatan selepas kawin. Ketika itu aku masih terlalu muda...tak terfikir pula pasal masalah infertility atau sebagainya. yang aku tahu..aku belum ada boyfriend...pasal kawin pun langsung tak pernah terfikir. 

Perjalanan aku masih panjang. Mengenangkan PCOS hanya boleh dirawat, bukan diubati... jadi pada ketika tu, aku buat keputusan untuk dapatkan rawatan selepas kawin. Jika aku meneruskan rawatan, pastinya aku akan bergantung kepada ubat untuk tempoh  yang lama. Dan aku percaya, setiap ubat yang diambil pasti ada kesan sampingan tersendiri jika diambil secara berterusan. Tambah pula...aku fikir, teknologi perubatan di masa akan datang pasti lebih maju berbanding pada masa itu. Dengan itu, aku mengambil keputusan untuk memberhentikan rawatan dan kembali menjalani "kehidupan suci" aku sebagai seorang PCOS. Aku redha dengan segala apa yang telah dikurniakan oleh-NYA. Biarpun hanya seketika, doaku untuk merasai pengalaman itu telah dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah.. :)

Wednesday, 1 June 2011

PCOS tu apa?

Kat bawah ni ada aku cari sikit bahan mengenai pcos untuk dikongsi bersama.

SINDROM
Ovari polisistik merupakan satu keabnormalan yang tercetus daripada keganjilan paras hormon-hormon tertentu. Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai haid yang tidak teratur dan kadangkala tidak ada haid langsung. 

Walaupun sindrom ini boleh memudaratkan wanita, rawatannya tetap ada. Artikel ini akan membincangkan mengenai apakah sindrom ovari polisistik, bagaimana ia didiagnos dan cara rawatannya.

Permasalahan
Wanita yang menderita sindrom ini memang dilahirkan dengan situasi telur sebegitu. Cuma, manifestasi petandanya jelas pada umur yang meningkat. Boleh dikatakan sindrom ini mempunyai talian kekeluargaan di mana anak-anak pun mungkin juga akan mewarisi sindrom ini.

Pemahaman masalah melalui pemahaman hormon-hormon reproduksi 


Setiap bulan, folikel yang mengandungi telur, menjadi matang dan dibebaskan dari ovari seseorang wanita. Sekiranya persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma, wanita tersebut akan mengandung.

Sekiranya tiada persenyawaan, ataupun proses tersebut gagal, lapisan dalam rahim iaitu endometrium akan terhakis dan dikeluarkan sebagai pendarahan haid.

Hormon-hormon utama wanita 

*Hormon perangsang folikel dan hormon luteinisasi dikilangkan di kelenjar pituitari yang berada di dasar otak. Hormon perangsang folikel merangsang kematangan telur di dalam ovari manakala hormon luteinisasi pula merangsang supaya telur tersebut dikeluarkan dari ovari tersebut.

* Ovari menghasilkan hormon-hormon estrogen dan progesteron. Estrogen menyebabkan lapisan dalam rahim iaitu endometrium, menebal. Selepas ovulasi, paras progesteron yang tinggi akan menyebabkan pembuluh darah membengkak seterusnya perubahan lain yang bertujuan sebagai persediaan mengandung.

Hari pertama kedatangan haid dilabelkan sebagai Hari Pertama. Purata kitaran haid wanita lebih kurang 28 hari, termasuklah pendarahan yang berlaku selama lima hingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, kitaran haid berubah-ubah dari 23 hingga 35 hari.

Dalam kebanyakan kes, hormon perangsang folikel dikeluarkan mencukupi untuk kehadiran satu folikel yang kemudiannya akan mengeluarkan telur dari ovari apabila matang. Lain pula halnya dengan sindrom ovari polisistik. Walaupun mempunyai banyak folikel, proses kematangan tidak berlaku dan tentu sekali telur tidak akan dikeluarkan. 

Disebabkan tidak ada pengeluaran telur, paras hormon progesteron menjadi rendah manakala paras hormon estrogen dan androgen menjadi tinggi mengakibatkan pendarahan haid menjadi tidak teratur.

Insulin
Insulin juga memainkan peranan dalam sindrom ovari polisistik. Ramai wanita yang menderita sindrom ini mempunyai paras hormon insulin yang tinggi ataupun insulin yang dikeluarkan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya dengan cekap.

Ini mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai berat badan melebihi berat sepatutnya bagi umur mereka. Selain itu, mereka mungkin turut mengalami kesukaran untuk mengurangkan lebihan berat badan. Mereka akan cenderung ke arah penyakit kencing manis.

Kehadiran insulin berlebihan akan mengganggu tumbesaran folikel-folikel di dalam ovari, lambat-laun ovari akan membesar disebabkan oleh banyaknya folikel yang dikandung.

Risiko jangka panjang 

Sindrom ini juga dikaitkan dengan penyakit jantung, kencing manis dan juga tekanan darah tinggi. 

Kehadiran estrogen yang tinggi berpanjangan, tanpa timbal balik rangsangan hormon progesteron, meningkatkan risiko tumbesaran lapisan dalam rahim secara melampau. Masalah ini lama-kelamaan akan menyebabkan hiperplasia endometrium yang seandainya tidak dirawat akan mendedahkan wanita kepada kejadian barah rahim.

Rungutan dan tanda-tanda 
Perlu diingat, perubahan hormon mungkin bermula ketika kitaran haid yang pertama, mungkin juga berlangsung dengan peningkatan usia.

lKehadiran bulu-bulu dan rambut-rambut kemiripan lelaki di muka dan juga badan. Faktor bangsa turut mempengaruhi

*Jerawat

*Kulit menjadi kegelapan dan menebal di bahagian leher, ketiak, kawasan di tepi faraj kedua-dua paha dan juga permukaan sebelah dalam paha

*Gemuk atau berat badan melebihi berat yang bersesuaian dengan umur dan ketinggian

*Kehadiran haid yang tidak menentu ataupun tidak datang haid langsung

*Sukar untuk mengandung

*Infeksi/jangkitan yis/fungus/kulat di faraj

*Mungkin juga kehilangan atau keguguran rambut keterlaluan.

Diagnosis
Doktor akan menjalankan pemeriksaan kesihatan, sejarah dan juga fizikal. 

Kitaran haid akan ditanya secara terperinci, sejarah keluarga termasuk kakak-kakak, adik-adik perempuan dan ibu, akan dihalusi. Ujian darah termasuk paras-paras hormon tertentu, glukosa darah dan mungkin juga paras insulin akan dikaji.

Ujian ultrasound akan dijalankan semasa seseorang sedang mengalami datang bulan untuk merekodkan morfologi ovari, juga ketebalan dinding rahim iaitu endometrium, akan diukur.

Rawatan
Sindrom ini merupakan satu situasi yang berkekalan. Rawatan bergantung kepada rungutan dan juga sama ada puan berhasrat untuk mengandung. 

* Perubahan tatacara kehidupan. Ini bertujuan merendahkan paras hormon insulin, bersenam dan beriadah setiap hari boleh membantu (sekurang-kurangnya 30 minit sehari).

Pengurangan berat badan juga boleh menurunkan paras insulin bagi membolehkan pengeluaran telur dari ovari. Ia juga membantu mengurangkan kehadiran rambut-rambut dan bulu-bulu ke arah kelakian dan seterusnya merendahkan risiko hiperplasia dinding rahim. 

Pola pemakanan juga perlu dijaga. Kurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat di samping mengurangkan pengambilan gula. Pakar pemakanan boleh membantu untuk mengurangkan berat badan melalui pemakanan tertentu.

* Secara perubatan.

Untuk mereka yang haidnya tidak teratur, hormon progesteron ataupun pil perancang keluarga mungkin membantu. 

Bagi mereka yang berhasrat untuk mengandung pula, perawatan yang diberikan tumpuan adalah supaya kematangan telur berlaku dan seterusnya boleh dikeluarkan untuk disenyawakan. 

Ubat-ubatan lain mungkin turut dipreskripsi bagi mengawal serta merendahkan paras insulin badan. Ubat-ubatan lain yang mungkin diberikan bertujuan untuk melambatkan tumbesaran rambut-rambut dan bulu-bulu mirip kelakian. 

Bagi mengatasi masalah kehadiran rambut dan bulu yang sedia ada, kaedah-kaedah kosmetik disyorkan seperti bercukur, elektrolisis dan kaedah-kaedah lain yang terdapat di salun-salun kecantikan.