Treatment pertama selepas sekian lama ialah pada 20 June 2011. Itu pun selepas berhempas-pulas berperang dengan perasaan diri sendiri. Aku malu untuk bercerita mengenai keadaan diri aku pada sesiapa pun...hatta kepada doktor sekali pun.
Selepas perkahwinan kami berusia lebih setahun, dan mengenangkan diri aku dah menginjak ke usia 32 pada tahun ni...maka aku tebalkan muka dan beranikan diri untuk mendapatkan kembali rawatan yang telah tertangguh suatu masa dulu. Aku mengambil keputusan untuk mendapatkan consultation dari sebuah klinik swasta di terengganu yang dicadangkan oleh seorang teman.
Aku masih ingat...masa tu hari isnin, 20 Jun 2011 jam 6.30 petang. Suara aku agak gugup bercerita satu per satu masalah aku kepada doktor yang bertugas. Aku ingat lagi...2 kali doktor tu tanya "Betul awk tak pernah period secara normal? SEKALI PUN?" Aku geleng lemah. Doktor tu tanya sekali lagi.."Secalit darah pun x pernah keluar sendiri tanpa ubat? SETITIK PUN?"...mata doktor tu aku pandang, pastu aku geleng lagi..."Tak pernah doktor..."
Kemudian, doktor tu pun angguk. Dia suruh aku baring di katil dan buat vaginal scan. Masa tu...aku memang dah bersedia...sebab sebelum dapatkan rawatan, aku dah banyak buat bacaan di internet mengenai masalah aku. Oleh sebab aku ni tergolong dalam kategori obes, scan biasa selalunya x nampak jelas..sebab lemak banyak kot. huhu...Jadi, bila doktor kata nak buat vaginal scan...aku tak terkejut sangat dan setuju jer dengan procedure yang dia nak buat tu. Tapi dalam hati...segannya tuhan saja yang tahu. Masa scan tu...doktor kata telur aku banyak...tp kecik2...macam pearl. Kiri dan kanan.
Katanya orang normal biasanya cuma ada 1 atau 2 telur...tapi dengan saiz yang lebih besar. Melalui scan tu...dr sahkan aku seorang PCOS. Dan soalan jujur yang terkeluar dari mulut aku masa tu..."Doktor..org PCOS mcm saya ni boleh ke mengandung?" Doktor hamidah yang rawat aku tu senyum...dia kata "Ada. Org PCOS pun ada yang boleh mengandung...kdg2..sedar2 jer dah mengandung. Tak perlu makan ubat pun. Depends pada rezeki.".
Katanya lagi...ada 2-3 kes PCOS yang dapatkan rawatan di klinik tu yang berjaya untuk mengandung. Dan kata-kata itu benar-benar memberikan sinar baru dalam hidup aku! Semoga Allah mengizinkan aku untuk melahir dan membesarkan zuriat dari benih suamiku sebagai penyeri dalam hidup kami. Amin...
Total payment untuk treatment kali pertama ni RM156. Doktor Hamidah berikan aku 4 jenis ubat:
- Sunolut - ubat ni berfungsi untuk turunkan darah period. Kena makan sebiji sehari selama 5 hari.
- Metformin - sebenarnya ubat untuk pesakit diabetes tp didapati dapat menolong pesakit PCOS untuk menurunkan sedikit berat badan mereka. ubat ni aku kena ambik 2 kali sehari selepas makan (bekalan untuk sebulan).
- Duphaston - Kata doktor, ubat ni yang mahal sikit...tak tahu laa berapa harganya. Tapi ubat ni diberi satu tab..ada dalam 20 biji kalau tak silap. Kena makan masa hari ke-5 hingga hari ke-25. Ubat ni kata doktor untuk regulate kan period aku. Kalau tak makan ubat ni...period aku takkan datang katanya.
- Clomid - Dos yang diberi untuk permulaan ni 50mg. Makan start hari ke-2 hingga hari ke-5 period. Ini pil subur..berfungsi untuk matangkan telur aku yang kecik2 tu.
Satu perkara yang membezakan klinik dr hamidah ni berbanding klinik swasta yang aku pernah tahu ialah...dia sentiasa memantau kes pesakit2nya. Selesai consultation, aku diberikan satu date appoinment yang baru untuk doktor monitor perkembangan dan respons badan aku terhadap ubat yang dah diambil.
Next appoinment ialah pada 12 Julai 2011 (Selasa/ jam 6.30 ptg) Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah dan bakal aku lakukan...amin.
Salam sis.. sy br follow blog sis sbb cr info bkaitan cyst n pcos.. alhamdulillah byk info yg sy dpt dr blog sis ni. Sy harap sy akn cuba positif selepas ni..
ReplyDeleteSalam sis, sye bru bace blog sis...
ReplyDeleteApe yg sis alami same spt ape yg sye alami skrg.. x dtg period wlpon dh umo 20 an... kdg2 rase down sgt bila pikir, x taw nk wat ape... :(
Salam kenal, ur experiance sama dgn i, after makan metformin nearly a year utk regulate meses akhirnya berjaya hamil anak pertama. Sejak tu menses regulate dan hamil lagi kali kedua alhamdulilah sekarang dah ada sepsang anak dlm 5 tahun penantian. Semoga awak berjaya amin.
ReplyDelete